Mei 30, 2026
PJP SABAH HADIR MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TAHUN 2024 BAGI JABATAN / AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) PERINGKAT NEGERI SABAH PJP SABAH HADIR MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TAHUN 2024 BAGI JABATAN / AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) PERINGKAT NEGERI SABAH

PJP SABAH HADIR MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TAHUN 2024 BAGI JABATAN / AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) PERINGKAT NEGERI SABAH

 

Kota Kinabalu, 4 Julai 2025 – Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh bin Dikun menghadiri jemputan Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2024 Bagi Jabatan/Agensi Di Bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di The Magellan Sutera Resort, disini malam tadi.

Majlis berprestij ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap komitmen, integriti dan kecemerlangan kerja para penjawat awam di bawah naungan KDN Negeri Sabah sepanjang tahun 2024.

Mendahului senarai penerima bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah ialah Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh bin Dikun, seterusnya SAC Datuk Abd Rahman bin Ishak – Ketua Cawangan Khas Sabah, serta 27 penerima lain terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam PDRM Kontinjen Sabah.

Baca Selengkapnya  Kapolda Jatim Terima Kunjungan Kajati Perkuat Sinergitas Antar Lembaga Penegak Hukum

Berucap dalam majlis tersebut, Menteri Dalam Negeri berkata, “Kecemerlangan ini wajar dijadikan inspirasi kepada seluruh warga KDN agar terus mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti serta sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan negara.

Saya percaya, dengan semangat seperti ini, kita mampu memperkukuhkan keselamatan dalam negeri, mempertingkat penyampaian perkhidmatan dan terus memperkasa agenda reformasi serta tata kelola terbaik dalam KDN”, katanya lagi.

Baca Selengkapnya  Polres Situbondo Siapkan Rekayasa Arus Lalu Lintas Jelang Jalur Gumitir Ditutup Sementara

Pada Majlis tersebut, Menteri Dalam Negeri (MDN) turut menyampaikan Sijil Khas Anugerah Kecemerlangan Tahun 2023 kepada 4 penerima, dan 2 antaranya daripadanya mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah iaitu Koperal Rusdi bin Sakirani dan Koperal Wilfred Wenceslaus.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid, Tinbalan – Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Pengarah – Pengarah serta Ketua-Ketua Jabatan & Agensi di bawah KDN.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *