Mei 23, 2026
ARTIKEL PILIHAN] OP CYBER GUARDIAN: EMPAT DITAHAN, MILIKI LEBIH 50,000 BAHAN PENGANIAYAAN SEKSUAL KANAK-KANAK – TIMBALAN KPN ARTIKEL PILIHAN] OP CYBER GUARDIAN: EMPAT DITAHAN, MILIKI LEBIH 50,000 BAHAN PENGANIAYAAN SEKSUAL KANAK-KANAK - TIMBALAN KPN

ARTIKEL PILIHAN] OP CYBER GUARDIAN: EMPAT DITAHAN, MILIKI LEBIH 50,000 BAHAN PENGANIAYAAN SEKSUAL KANAK-KANAK – TIMBALAN KPN

 

Targettkp86.com Kuala Lumpur, 4 April 2025 – Empat individu termasuk seorang penjawat awam ditahan manakala lebih 50,000 bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dirampas dalam Op Cyber Guardian yang dijalankan antara 24 Feb hingga 28 Mac lepas di beberapa lokasi di Selangor dan Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi berkenaan dijalankan secara bersepadu dengan pihak berkuasa beberapa negara termasuk Jepun, Hong Kong, Korea Selatan, Thailand dan Singapura.

Baca Selengkapnya  Polsek Sebangau Kuala sambang dan Lakukan Sosialisasi dan imbauan Kepada Masyarakat

“Di Malaysia, operasi dilakukan di Kajang, Ampang Jaya, Petaling Jaya serta Shah Alam di Selangor dengan empat tangkapan dilakukan termasuk melibatkan seorang penjawat awam, manakala di Pulau Pinang di kawasan Timur Laut.

“Operasi melibatkan 46 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta bantuan teknikal Unit Anjing Pengesan K9 PDRM bagi tujuan mengesan peranti elektronik.

Baca Selengkapnya  Progam Bhayangkari Peduli, Ketua Bhayangkari Cabang Rembang & Rombongan Sasar Desa Terpencil Berikan Bantuan Sosial

Beliau berkata individu ditahan berusia lingkungan 26 hingga 49 tahun dan mereka bekerja sebagai akauntan, pereka web dan ‘protege’ di sebuah syarikat telekomunikasi.

“Kes disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Kanun Keseksaan dan undang-undang lain yang berkuat kuasa,” katanya.bib

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *