IPD Serdang, 07 Julai 2025 (Isnin) – Pada awal pagi tadi, telah diadakan secara serentak Nyanyian Lagu Negaraku dan Lazaf Ikrar Rukun Negara seluruh bahagian dan balai di bawah Pentadbiran Polis Daerah Serdang.
YDH Supt. Shahnaz Akhtar bin Haji, Timbalan Ketua Polis Serdang hadir bersama-sama DSP Zaharudin bin Baharum @ Baharom, Ketua Bahagian Pengurusan IPD Serdang,
Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Bahagian Pengurusan dalam menyempurnakan perlaksanaan berikut.
Nyanyian Lagu Negaraku ini bertujuan bagi menerapkan semangat patriotik dalam kalangan Penjawat Awam dan memperbaharui Lafaz Ikrar Rukun Negara.
Semua bahagian dan semua balai di bawah pentadbiran IPD Serdang turut menjalankan aktiviti ini secara serentak bersama Ketua Bahagian atau Ketua Polis Balai masing-masing.